Sunday 28 April 2013

Amalan ZIKIR penerang HATI :)

LAA ILAAHA ILLALLAH

ALHAMDULILAH

SUBHANALLAH

ALLAHUAKBAR

Amal Kan SElalu sekurang-kurangnya 33x Selepas Solat Setiap Hari Insya Allah Hati Menjadi Tenang...
BERzikir di Mana jua berada... Pahala Mudah di cari Sebenarnya...
SENTIASA BERZIKIR DI DALAM HATI TERUTAMANYA





Jerawat OH Jerawat (PETUA JERAWAT)


Petua Berkesan Hilangkan Jerawat | Jerawat seringkali menjadikan seseorang itu berasa tidak selesa dan rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Pelbagai-bagai produk telah dihasilkan bagi mengatasi masalah jerawat ini namun belum ada produk yang betul-betul 100% berkesan menghilangkan jerawat.

Aku nak kongsikan kepada korang untuk mengatasi masalah jerawat ini. Biasalah anak muda nak meningkat naik jerawat ni macam ulat lah kita nak naik die pun nak naik. Kita cuma berusaha, Allah yang menentukan segalanya. Selamat mencuba!

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN

MUTIARA KATA (HATI)

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua tetamu blog ini. Ruangan mutiara kata ini saya khaskan untuk sahabat-sahabat berkongsi kata-kata hikmah yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca yang lain. Tak kiralah sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, semua boleh. Mudah-mudahan kata-kata hikmah ini dapat dijadikan nasihat, pedoman atau pembakar semangat kepada kita. Insyaallah.. :)
 Hati manusia ni terlalu rapuh dan lembut....
3279033346_2203077dc6
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)
KESABARAB adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]

hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah IKHLAS dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

Saturday 27 April 2013

BEsday Boy...kui kui

Besday BOy yg aku sambut awallll punya..... KEsnyr "xbalik katanya" hihih.... maklum laa kan STUDENT... Yg menjadi kisahnyr besday aku yg baru jew lepas patuttnye sambut aku punya BESDAY...:(
Tapi xpelah kannnn coz S_ _ _ _ G :)
Tambah2 lg kawan aku lak dtg blh lahhh sambut sekalikan???
TUA DAH HANG KAN>>>> semoga semakin matang dalam hidup dan sentiasa di berkati olehNYA aminn...

SWEET MEMORIES



 
MUKA MALU2 KUCING kononnnn



 
TEPi2 Aku plak yg nak potong keK hahha...



Cuap tuk BABY boy hahhaaha...> 3 <

Friday 26 April 2013

cOMe tO HATYAI, Thailand...

Assalamualaikum...

Haii everyone... here i want share about Hatyai huhuh :)

Hatyai is a best place for visit ok...Three day im still Hatyai n many place interesting in Hatyai..i LIke Hatyai because food on THE BESt but difficult TO get HALAL food..So, I suggest any people go to HAtyai u need take little snack "MAggi n Keropok" hahaha...

 Picture before to HATYAI...

All pic HATYAI... WElcome Thaiii










                                       
 For 3 days and 2 nights at this HATYAI CENTRAL HOTEL :)












All The BEst n VERY enjoy HATYAI..


Wednesday 24 April 2013

Gwiyomi

Assalamualaikum...

Gwiyomi.....! if you notice right now virus gwiyomi.. many video gwiyomi in fb , youtube...
well i'm telling you gwiyomi is cute song but when people change the song... err..., i think want say "hey ,, what wrong with you guys...! " i appreciated people make a vidoe in fb and vidoe because they brave to show theirself..its look confident and not shy like me... hehe... but when people make a vidoe like "enta apa2" and change it... so , make me " menyampah.." ops..! hehehe....sorry ,, its just my opinion guys... hehehe...


so , let's we see the cuteest vidoe  gwiyomi... (=






i'm telling go0dbye..


I letting you go
It’s the most part hurt me
I don’t want any pain will hurt you
But it’s the better ways
There no already other way
Its better you to move on
You deserve get better 
Better than me 
But
I never find better
Better than you…

-
-
-

Our love blame me
 But
I’m more blame myself 
When I lose you smile
it’s more blame me
When come more tears
And I got nothing
Nothing to say..
-
-
-
Wish it could be better 
But the world will scraping me
Believe that’s its more hurt
I feel my soul will far away from my body 
When to let you go
Sorry doesn’t means to you
But 
It means 
Means to me
When you forgive me
And it’s say telling goodbye..
-
-
-