Petua Berkesan Hilangkan Jerawat |
Jerawat seringkali menjadikan seseorang itu berasa tidak selesa dan rendah diri
apabila berhadapan dengan orang ramai. Pelbagai-bagai produk telah dihasilkan
bagi mengatasi masalah jerawat ini namun belum ada produk yang betul-betul 100%
berkesan menghilangkan jerawat.
Aku nak
kongsikan kepada korang untuk mengatasi masalah jerawat ini. Biasalah anak muda nak meningkat naik jerawat
ni macam ulat lah kita nak naik die pun nak naik. Kita
cuma berusaha, Allah yang menentukan segalanya. Selamat mencuba!
Petua 1 : Ambil sedikit asam
jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan
asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke
seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi ,
basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi
jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air
limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi
ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara .
Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air
panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil
asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat
-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air
biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk
dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan
di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat
dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka.
Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan
air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit
kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air
suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan
air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih
telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul
rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian
bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu
mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit
larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul.
InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN
No comments:
Post a Comment